Categories
BOO!

Solisir dan Ibun Si Balan-Balan, by Shamrizan

Solisir dan Ibun Si Balan-Balan, by Shamrizan

Ritual si balan-balan itu ialah meninggalkan badan nya diam di rumah, kepala nya pula yang tertanggal bersama isi perutnya berkeliaran pada malam Jumaat mencari darah. Jadilah pada satu malam Jumaat itu, si balan-balan sudah ketahuan. Apabila ditemukan badan nya, si balan-balan dilindungi seorang manusia bergelar kekasihnya. Si balan-balan itu juga manusia dahulu nya. Namun, sumpah si bapa menempias kepada nya, kalau setiap malam Jumaat itu, Ibun, akan meronta-ronta mencari darah sehingga badan terpisah dari kepala. Darah itu jadilah darah dari rahim ibu yang baru melahirkan anak, darah dari perempuan yang datang haid, dari anak kecil yang ditinggalkan menangis di waktu malam atau darah pemuda yang terserempak si balan-balan. Pada malam tuan badan ditemukan, Solisir yang jatuh cinta pada manusia nya si balan balan, sudah berjanji sehidup dan semati. Solisir berjanji, “aku tidak hirau kalau pun setiap malam Jumaat kau berubah menjadi balan-balan. Aku jatuh cinta pada Ibun. Aku cintakan kau Ibun.” Maka pada malam itu, Solisir dicekup oleh orang kampung dan diikat tangan nya, dan parang dilayangkan ke lehernya. Malam itu, Solisir sudah menerima ajal. Sebagaimana dia tahu bahawa malam itu juga sampai ajal nya Ibun. Badan Ibun dilumurkan minyak tanah dan lilin yang menyala di sekelilingnya marak sekali. Solisir menjerit, dia meraung bercucuran air mata. Tahu-tahu, parang melayang itu sudah mengelar leher nya. Sampai situ lah, cinta Solisir dan Ibun si balan-balan. Sehidup dan semati.”

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop